Kandungan Seminar Interaktif
Walaupun terdapat banyak aspek dalam usaha untuk memastikan artikel anda diterbitkan, seminar 1 hari ini bertujuan memberi fokus kepada isu-isu yang paling berkaitan. Beberapa topik yang telah digariskan dan disediakan bagi bakal peserta adalah seperti berikut:
•Merangka strategi penerbitan
•Memahami proses penerbitan daripada menulis artikel sehingga ia diterbitkan
•Penstrukturan artikel penyelidikan/teknikal/empirikal/asli
•Penstrukturan artikel tinjauan/konseptual/nota pendek/tidak empirikal/tidak asli
•Kepentingan bahagian Abstrak, Pengenalan dan Kesimpulan
•Pilihan metodologi yang bersesuaian dan baharu
•Melaporkan Keputusan dan Perbincangan
•Mendapatkan rujukan terbaharu dan mutakhir dan memahami pelbagai stail dan format rujukan
•Format yang betul untuk Jadual, Gambar Rajah dan Rujukan/Literatur yang dipetik (cited)
•Memahami pelbagai jenis jurnal, pengelasan, reputasi dan kedudukan
•Perkhidmatan Pengabstrakan (Abstracting) & Pengindeksan (Indexing) berkaitan dengan Kedudukan Universiti Dunia (World University Ranking)
•Panduan mengenai sistem serahan/memuat naik/memuat turun artikel jurnal
•Menyasarkan dan menyelaraskan jurnal yang paling sesuai/sepadan
•Semakan plagiat menggunakan perisian TURN-IT-IN
•Berinteraksi dengan editor dan penilai (reviewer) jurnal
•Menjawab komen daripada penilai
•Menghadapi penyemakan semula dan keputusan penolakan
•Perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan dalam menulis artikel ilmiah
Apa yang akan dibincangkan
° Kenalpasti jurnal berindeks ISI-Thomson Reuters
° Kenalpasti jurnal berindeks SCOPUS
° Isu semasa dalam penulisan dan penerbitan jurnal
° Mengenali jenis jurnal untuk diterbitkan
° Fahami kenapa jurnal ditolak
° Tip Struktur jurnal – Langkah demi langkah
° Kriteria untuk diterima jurnal berimpak tinggi
° C.O.O.L untuk menulis jurnal
° Jurnal artikel asal dan jurnal bukan artikel asas
° Abstrak grafik
° Kaedah memetikan (citation) jurnal
° Penyusunan pengarang
Jom sertai seminar ini!
Date |
»
|
8 November 2014 (Sabtu) |
Time |
»
|
8.30 a.m. - 5.30 p.m. |
Venue |
»
|
MPWS Training Centre,
63-1, 63-2, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # map |
Speaker |
»
|
Prof. Hj. Kamaruzaman Jusoff |
Registration Fee |
»
|
RM100 |
Medium |
»
|
Bahasa Melayu |
Website |
»
|
http://postgraduateworkshop.com/jurnalberimpaktinggi |