Saturday, July 27, 2013

Artikel di Harian Metro 26 Julai 2013 oleh Dr. Othman Talib

Tesis santai di blog

Menyedari terdapat ratusan ribu pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di dalam dan luar negara yang perlu membuat penyelidikan tugasan mereka, bekas guru yang kini menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia ini mula menulis blog bertajuk Suka Penyelidikan Suka Statistik (SPSS)

Pendekatan diambil Dr Othman Talib sedikit berbeza apabila menulis mengenai penulisan ilmiah secara santai tetapi menyentuh jiwa.

Menerusi blog miliknya, www.drotspss.blogspot.com yang diwujudkan pada 10 Oktober 2010, sehingga artikel ini ditulis, dia sudah memuat naik sebanyak 791 bukaan dengan purata 15 catatan sebulan dan lebih daripada 5,000 keping gambar.

Jumlah itu termasuk 499 catatan khusus berkaitan dengan penyelidikan dan statistik, manakala selebihnya catatan program bengkel bersama pembaca blog, diari kehidupan serta gambar ketika berada di luar negara seperti di Itali, Perancis, Belanda, China, Taiwan dan England.

Lebih membanggakan, pengisian yang dikongsi di dalam blognya mendapat pengiktirafan sebagai salah satu blog pendidikan terbaik di Sidang Kemuncak Blogging Pendidikan Kebangsaan 2011.

"Menerusi blog ini, saya sudah menulis lima strategi unik dalam penyelidikan yang saya ringkaskan sebagai One File One Thesis, Research Framework On Template, Keep On Track Cycle, Speed Reading On Target dan Zero Draft Of Thesis yang mana setakat ini seumpamanya diperkenalkan sesiapa.

"Sangat mengujakan apabila pembaca blog ini secara berkumpulan menganjurkan pelbagai bengkel bagi mendalami strategi berkenaan. Sebagai perunding berdaftar dengan UPM COnsultancy, saya juga ditaja oleh Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) untuk menganjurkan bengkel penulisan tesis di seluruh Malaysia.

"Saya menjadikan penulisan bahan ilmiah secara santai untuk tarikan pembaca. Blog ini seperti pusat sehenti kepada pelajar yang akan dan sedang menjalankan kajian peringkat sarja dan doktor falsafah (PhD). Selain itu, bengkel yang dianjurkan juga diikuti pelajar Malaysia di luar negara yang balik bercuti," katanya.

Ditanya alasan memilih blog sebagai medium menyampaikan maklumat, Dr Othman berkata, dia percaya blog bukan saja boleh digunakan tempat meluah perasaan atau menulis diarai persendirian, tetapi ia perlu dimanfaatkan untuk tujuan ilmiah serta perkongsian maklumat.

Mengambil contoh, lima strategi yang ditulisnya itu menjadi teknik dan panduan dalam penyelidikan serta penulisan tesis yang lebih efisien serta sistematik tanpa mengira jenis bidang diambil sama ada sains mahupun sains sosial.

Dia juga memilih blog disebabkan suka menulis perjalanan hidupnya yang saling berkaitan dengan tugasan membua tpelbgai penyelidikan dan statistik.

"Saya menyukai blog kerana ia boleh dibaca di mana saja dan sesuai dengan pendekatan santai penulisan saya walaupun ketika mengupas isu serius.

"Selalunya, saya menulis ketika mempunyai waktu terluang termasuk sewaktu berada di dalam kapal terbang atau makan di restoran. Saya tidak memerlukan masa yang panjang kerana kebanyakan bahan ditulis adalah perbuatan hati saya sendiri.

"Sebelum menulis, saya fikirkan dulu dan merangkanya dalam minda kerana tidak mahu menulis secara melulu. Dengan cara ini, saya tidak buang masa memandang skrin komputer atau menunggu ilham datang menjelma.

"Semua persoalan yang diterima oleh pelajar akan saya jawab secara langsung pada program kelolaan saya atau menerusi balasan e-mel dan sebahagiannya melalui blog saya secara santai," katanya yang sudah menjelajah hampir ke semua IPTA di negara ini dan pernah mengendalikan program di Adelaide, Australia.

Menurut Dr Othman, kebanyakan masalah yang dihadapi pelajar membabitkan kegagalan mereka untuk meletakkan dri pada landasan betul sebagai calon sarjana atau PhD yang berjaya.

Mereka tiada panduan dan hanya mengikut jejak langkah ditinggalkan senior selain tidak mengusai perisian yang amat diperlukana dalam penyeledikan dan penulisan tesis seperti Mendeley, SPSS dan Atlas.ti.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka juga gagal mengusai perisian penulisan seperti MS Word atau LaTex sehingga menjadikan kerja penulisan memakan masa lama dan memenatkan.

Kini, Dr Othman banyak mengendalikan program berbentuk bengkel pembelajaran praktikal seperti Penulisan Cepat Tesis, Pengurusan Artikel dengan Mendeley, Analisis Kualititatif dengan Atlas.ti seta Analisis Data kuantitatif dengan SPSS>

Bagaimanapun, kebanyakan program itu dianjurkan sendiri oleh pelajar sarjana dan PhD yang juga sebahagian besarnya pembaca setia blog miliknya.

Tambah istimewa, program berkenaan juga dihadiri peserta dari Brunei dan Indonesia serta pelajar Malaysia yang balik bercuti dari luar negara.

No comments:

Post a Comment