Thursday, October 3, 2013

Tips PHD

Beberapa tips untuk mengambil PHD ;

Pertama:
Pastikan tajuk kajian, objektif, proses serta metodologi juga jelas dan senang  untuk diperolehi.

Kedua :
Pilih tajuk yang sesuai dan penyelia anda mampu menyelia tajuk tersebut. Mampu di sini dalam erti kata menguasai bidang kajian tesis anda walaupun tesis anda dan bidang penyelia tidaklah sama 100%. Dalam menilai kemampuan penyelia, anda perlu melihat sendiri cadangan pembaikian bab terutama bab satu dan bab kedua. Jangan hanya mendengar kata penyelia anda, "tak ada masalah, semua tajuk kita boleh selia" walhal dia sebenarnya tidak berkemampuan untuk menyelia tajuk anda dalam bidang tujahan yang diperlukan. 




Ketiga :
Selidiki latar belakang dan peribadi bakal penyelia - maknanya, tidak hanya memadai menyelidiki latar belakang kerjaya akademik dan penerbitan.  Pastikan penyelia kita itu seorang yang dapat membantu, berdedikasi dan bertanggungjawab. Kenal siapa dia dan bagaimana cara dia bekerja.

Keempat :
Penyelia memainkan peranan yang penting maka sebagai pelajar, anda perlu menjaga penyelia anda dengan baik sama ada penyelia utama atau penyelia bersama. Oleh kerana beratnya tugas anda 'menjaga' penyelia, maka sebaik-baiknya bilangan penyelia yang perlu anda miliki hanya seorang. Sebolehnya elakkanlah dua orang penyelia apa tah lagi tiga orang penyelia.

Okey, next time kami akan sambung lagi tips2 lain. Kalau anda semua anda tips2 lain pun sila-sila la kongsikan. ;-)

No comments:

Post a Comment