Thursday, August 29, 2013

Jelajah Borneo minggu ini



“Apabila anda mempunyai rangka yang jelas berkenaan tema-tema yang akan difokus dalam kajian anda, anda boleh membina senarai kod di dalam Code Manager. Sambil anda membaca data anda, anda cuma perlu ‘tarik dan lepaskan’ kod ke bahagian yang telah ditandakan di dalam data itu tadi, dan ATLAS.ti akan rekodkan bilangan bahagian yang bertanda untuk rujukan selepas ini. Ini dinamakan pengekodan secara deduktif.

Secara alternatif, anda boleh memulakan pengekodan secara induktif. Ini berlaku apabila anda memulakan pembacaan data tanpa satu rangka yang jelas, dan anda membina senarai kod sambil anda membaca data itu tadi. Ini dinamakan pengekodan secara induktif di dalam ATLAS.ti.

Tidak mengapa sekiranya anda membuat pengekodan secara deduktif atau induktif, ATLAS.ti menyediakan fungsi untuk anda membuat kedua-duanya. Di penghujung proses, anda akan mempunyai satu senarai lengkap kod-kod di dalam Code Manager – satu senarai lengkap tema-tema yang anda fokuskan di dalam kajian anda.

Berikan saya peluang untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menganalisa data kualitatif anda, dengan mengajarkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan perisian mesra-pengguna ATLAS.ti.”

(Ani Munirah Mohamad, 2013)
Jurulatih bertauliah ATLAS.ti di Asia Tenggara

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?

Daftar sekarang untuk Bengkel Sehari Analisa Data Kualitatif menggunakan ATLAS.ti yang seterusnya. Butiran adalah seperti berikut: -

Course Title : One Day Workshop on Qualitative Data Analysis using ATLAS.ti - Borneo (Kota Kinabalu)
Date » 29 August 2013 (Thursday)
Time » 8.30 a.m. - 5.30 p.m.
Venue » Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah
Speaker » Madam Ani Munirah (Certified ATLAS.ti Trainer in Southeast Asia)
Registration Fee » RM180
Medium » English

Course Title : One Day Workshop on Qualitative Data Analysis using ATLAS.ti - Borneo (Kuching)
Date » 30 August 2013 (Friday)
Time » 8.30 a.m. - 5.30 p.m.
Venue » INSTITUTION OF ENGINEERS MALAYSIA (SARAWAK BRANCH)
Ultimate Professional Centre, No 16, 2nd Floor,
Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, Sarawak
Speaker » Madam Ani Munirah (Certified ATLAS.ti Trainer in Southeast Asia)
Registration Fee » RM180
Medium » English

No comments:

Post a Comment