Tuesday, June 10, 2014

KEM ALJABARI 28 Mei - 03 Jun 2014

Alhamdulillah pada KEM kali ini yakni kem yang kedua yang diadakan oleh pihak MPWS. Yang mana pada kem pertama pada bulan Maret kami juga mengisi kem tersebut bersama ustaz Cahaya. Semoga cuti sekolah adik-adik semua bermanfaat.

Sekitar gambar kegiatan-kegiatan selama kem berlangsung. 

Ini adalah hari pertama kem pada saat sesi pendaftaran pagi Rabu, 28 Mei 2014.



Setelah itu, dilanjutkan dengan motivasi dari jam 08.30 hingga jam 11.00 oleh Tuan Eizaz Hasanan.

 
 


Tibalah giliran Ustaz Rusydi Syarif, jam 11.00 pagi sampai 05.30 petang denngan mengisi dan membimbing adik-adik dalam kem tersebut.

 
 
 
 
 

Nah, pada hari kedua Khamis/29 May 2014 jam 08.30-10.30, adalah Puan Junainah Mohd Som, beliau mengisi bahagian motivasi dengan tema: Bagaimana Nak Jadi Jutawan. Di usia remaja telah diperkenalkan bagaimana nak jadi orang yank banyak wang alias jutawan. 


 


Pada pukul 11.00 pagi sehingga 05.30 petang, tiba pula masa Ustaz Kafrawi untuk mengisi kem aljabari.




Ustaz Kafrawi menerangkan sedikit pembelajaran al-Quran kaedah ALJABARI, memang mudah dan berkesan dalam 30 jam sahaja.

Pada hari ketiga, Jumaat - 30 Mei 2014 yang mengisi slot motivasi pagi bermula 08.30 sehingga 11.00 ialah Mejar (B) Qayyum Badaruddin. Beliau telah 25 tahun berkhidmat sebagai tentera dan kini meneruskan perjuangan dalam penulisan dan memberikan ceramah motivasi yang berguna kepada pelajar.



Pada pukul 11.00 pagi sehingga 05.30 petang Ustaz Rusydi Syarif kembali mendapatkan kesempatan untuk mengisi kem bersama adik-adik.

 

Seminar 7 hari Motivasi dan Pengajian Al-Quran Kaedah Al Jabari bersama tenaga pengajar yang terlatih dan professional.

 

Kepada sesiapa yang ingin belajar Al-Quran dengan pantas, kaedah Al Jabari adalah jawapannya... Ustaz Muhammad Kafrawi bersedia mengajar anda semua. Semoga inilah bekalan amalan untuk di bulan puasa ini dan akhirat nanti InsyaAllah.


Alhamdulillah sudah masuk hari ke 4 (Isnin, 05 Jun 2014) Kem Remaja Celik Al-Quran . Hari ini kesemua pelajar telah mendapat input yang berguna dalam majlis ilmu bersama Puan Suraya Anizah Abdullah. Manakala sekarang sedang berlangsung slot Aljabari bersama Ustaz Kafrawi.




Hari ini merupakan hari terakhir Kem Remaja Celik Al-Quran. 

Untuk Aktiviti terakhir Pelajar berpeluang mendapat ilmu yang sangat bermanfaat bersama Tuan Shuhairy. Manakala untuk slot Al Jabari. Bertalaqi bersama Ustaz Kafrawi, Ustaz Rusydi & Ustazah Aemy.



 ***ALHAMDULILLAH***
KEM REMAJA CELIK AL-QURAN 2014
KAEDAH ALJABARI

 

Dihadiri oleh 21 orang pelajar daripada 5 sekolah menengah sekitar Bangi. Sasaran pelajar ialah yang buta huruf al-Quran dan sangat lemah penguasaan al-Quran. Diwakili oleh dua tenaga pengajar yang bertauliah: Rusydi dan Ustaz Kafrawi.





Kem ini meliputi 30 jam pengajian al-Quran kaedah alJabari:
Baca + Tulis + Tajwid al-Quran. Penilaian bacaan para pelajar dilihat terlebih dahulu pada hari pertama pendaftaran kem. Pada hari terakhir kem, diadakan talaqqi bagi menilai
perkembangan bacaan para pelajar setelah tamat 5 hari kem di sini.

Alhamdulillah, para pelajar kini mampu membaca al-Quran jauh lebih baik setelah pelajari kaedah al-Jabari.

TAHNIAH SEMUA!!!

Bagi yang berminat menghantar anak-anak ke
Kelas Pengajian al-Quran Kaedah al-Jabari ini (berkumpulan),
boleh hubungi: 012-692 8875 / 019-6916559 / 012-3011391
atau ke tempat kami:
MPWS TRAINING CENTRE, SEKSYEN 7,
BANDAR BARU BANGI.

http://www.postgraduateworkshop.com/aljabari/

Pendaftaran kelas berkumpulan kini dibuka.
DAFTAR SEGERA!!


No comments:

Post a Comment