Salam semua!
Ini antara nota ringkas tentah analisa Atlas.Ti yang ditulis oleh Puan Ani Munirah. Harap nota ini bermanfaat kepada semua.
Next workshop about Atlas.Ti --> http://postgraduateworkshop.com/lratlas.ti
Analisa data
kualitatif menggunakan ATLAS.ti 7
|
Literature review
menggunakan ATLAS.ti 7
|
Adalah TIDAK TEPAT untuk dikatakan:
“Saya telah selesai menemubual 20 orang responden, jadi kajian saya
sudah selesai.”
ATAU
“Saya sudahpun selesai 10 lawatan lapangan, jadi kajian saya sudah
selesai.”
ATAU
“Saya telah sempurnakan pengumpulan data, jadi kajian saya sudah
selesai.”
Kajian itu belum selesai, sehinggalah anda mengeluarkan maksud yang
penting daripada data anda, anda membincangkan dapatan daripada analisis itu
tadi.
Berikan saya peluang untuk membantu mengeluarkan maksud yang penting
daripada data anda, dengan mengajarkan kepada anda bagaimana untuk
menggunakan perisian mesra-pengguna ATLAS.ti.”
(Ani Munirah Mohamad, 2013)
Jurulatih bertauliah ATLAS.ti di Asia Tenggara
|
“Oleh kerana saya mempunyai master berbentuk course-work, saya tidak
mempunyai asas kukuh untuk menjalankan kajian sendiri. Setelah menyambung
pengajian PhD dengan penyelidikan sepenuhnya, saya mempunyai masalah untuk
membuat literature review. Memahami masalah saya, supervisor saya menyarankan
saya kepada perisian ATLAS.ti. Alhamdulillah, saya mendapati ATLAS.ti menjadi
satu sistem yang baik untuk menguruskan literature saya, dan memudahkan
proses penulisan literature review.
Berilah saya peluang untuk menunjukkan kepada anda bagaimana ATLAS.ti
boleh membantu anda untuk proses literature review anda sendiri.”
(Ani Munirah Mohamad, 2013)
Jurulatih bertauliah ATLAS.ti di Asia Tenggara
|
“Apabila anda mempunyai rangka yang jelas berkenaan tema-tema yang
akan difokus dalam kajian anda, anda boleh membina senarai kod di dalam Code
Manager. Sambil anda membaca data anda, anda cuma perlu ‘tarik dan lepaskan’
kod ke bahagian yang telah ditandakan di dalam data itu tadi, dan ATLAS.ti
akan rekodkan bilangan bahagian yang bertanda untuk rujukan selepas ini. Ini
dinamakan pengekodan secara deduktif.
Secara alternatif, anda boleh memulakan pengekodan secara induktif.
Ini berlaku apabila anda memulakan pembacaan data tanpa satu rangka yang
jelas, dan anda membina senarai kod sambil anda membaca data itu tadi. Ini
dinamakan pengekodan secara induktif di dalam ATLAS.ti.
Tidak mengapa sekiranya anda membuat pengekodan secara deduktif atau
induktif, ATLAS.ti menyediakan fungsi untuk anda membuat kedua-duanya. Di
penghujung proses, anda akan mempunyai satu senarai lengkap kod-kod di dalam
Code Manager – satu senarai lengkap tema-tema yang anda fokuskan di dalam
kajian anda.
Berikan saya peluang untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk
menganalisa data kualitatif anda, dengan mengajarkan kepada anda bagaimana
untuk menggunakan perisian mesra-pengguna ATLAS.ti.”
(Ani Munirah Mohamad, 2013)
Jurulatih bertauliah ATLAS.ti di Asia Tenggara
|
Literature review kaedah tradisional:
1. Download artikel
2. Cetak artikel penting
3. Baca sambil highlight menggunakan highlighter, masukkan points
penting dalam jadual @ tulis nota kecil untuk tema penulisan
4. Semak semula puluhan artikel yang pernah dicetak sebelum ini untuk
tujuan penulisan
6. Tulis review berdasarkan apa yang terjumpa
Literature review menggunakan ATLAS.ti:
1. Download artikel
2. Import ke dalam ATLAS.ti
3. Membaca sambil highlight menggunakan cursor, kod berdasarkan tema
penulisan
4. Berikan arahan kepada ATLAS.ti untuk keluarkan ke-SEMUA points
penting daripada ke-SEMUA artikel mengikut susunan tema penulisan dalam
bentuk SATU dokumen baru
5. Tulis review berdasarkan points penting yang telah dihasilkan
daripada fungsi output ATLAS.ti.
“Berilah saya peluang untuk menunjukkan kepada anda bagaimana
ATLAS.ti boleh membantu anda untuk proses literature review anda sendiri.”
(Ani Munirah Mohamad, 2013)
Jurulatih bertauliah ATLAS.ti di Asia Tenggara
|