Friday, August 29, 2014

Bengkel Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel Mendeley daripada Dr.Othman Talib akan ke utara!!

Anda mengalami kesukaran menyiapkan tesis?

Ini terjadi kerana anda memilih untuk membuatnya dengan cara yang susah. Kalau begitu, adakah terdapat  cara yang senang untuk menyiapkan tesis?

Kami memahaminya dengan ungkapan:

“HASILKAN TESIS BUKAN SENANG, JADI MENGAPA PULA MEMBUATNYA DENGAN CARA YANG SUSAH ?”

Begini caranya …

Dari minda “Think Outside The Box” Dr OT 


 Apa yang akan dipelajari?

- Pengenalan Penulisan Tesis dan Penyelidikan
- z-draft, KOT, RFOT, SROT,
- Mendeley, Lit Rev kritis

Dan banyak lagi...


Bengkel ini memberi fokus tentang penyedian pelajar kepada bagaimana untuk memulakan penulisan tesis. Aspek yang ingin ditekankan oleh Dr. Othman Talib adalah penulisan tesis dengan pantas.



Tarikh: 7 September 2014
Tempat: Bilik Seminar Tun Mahathir, Blok D, Kompleks Pentadbiran Seriab Universiti Malaysia Perlis (Unimap)


Boleh daftar segera sebelum penyertaan akan di tutup.

http://postgraduateworkshop.com/tulistesispantasmalaysia/

Wednesday, August 27, 2014

Literature Review using ATLAS.ti

Apakah perbezaan antara ATLAS.ti dengan perisian EndNote/Mendeley yang saya sedang gunakan sekarang?

Secara umumnya, ATLAS.ti tidak berada di dalam kategori yang sama dengan EndNote/Mendeley. 

Sebagaimana ramai maklum, EndNote/Mendeley ialah satu perisian ‘bibliographic reference manager” (BRM) dan digunakan untuk menguruskan citation dan bibliografi. Ia disertakan plugin dalam Microsoft Word untuk membantu otomasi citation dan juga bibliografi bagi tujuan penulisan tesis yang efisyen.

Manakala ATLAS.ti pula ialah satu perisian berkomputer untuk analisa data berbentuk kualitatif ataupun ‘computer-aided qualitative data analysis software’ (CADQA). Ia tidak dapat membantu untuk proses citation atau bibliografi, namun ia berupaya membantu pembacaan literatur dan membuat otomasi ekstrak point-point penting daripada literatur itu tadi. Dalam erti kata lain, ATLAS.ti membantu penyelidik untuk analisa kandungan literatur untuk tujuan penulisan literatur reviewatau kajian literatur secara teratur dan sistematik.

Sebaiknya, penyelidik ‘kahwinkan’ satu perisian BRM (seperti EndNote/Mendeley) dengan satu perisian CAQDA (seperti ATLAS.ti) bagi memudahkan proses literature review kita.

Dalam bengkel “ anjuran MPWS, kami akan menerangkan perkara ini, dan beberapa perkara lain yang penting untuk tujuan membuat literature review dengan efisyen. Antara lain:
• TIGA langkah mudah membuat literature review menggunakan ATLAS.ti
• Bagaimana mengklasifikasikan poin-poin penting untuk penulisan literature review
• Bagaimana membuat otomasi ekstrak poin-poin penting dan menggambarkan secara visual, tekstual dan numerical
• Bagaimana membuat backup untuk projek literature review anda menggunakan fungsi mudah dalam ATLAS.ti

Sertai bengkel kami :

Course Title : One Day Workshop on Literature Review using ATLAS.ti
 
Date
»
13 September 2014 (Saturday)
Time
»
8.30 a.m. - 5.30 p.m.
Venue
»
MPWS Training Centre, 63-1, 63-2, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # map
Speaker
»
Ani Munirah Mohamad (Certified ATLAS.ti Trainer)
Registration Fee
»
RM200
Medium
»
English
Website
»
http://postgraduateworkshop.com/lratlas.ti

Tuesday, August 26, 2014

Dr.OT Talk Show

Bertempat di Dewan Auditorium Fakulti Kejuruteraan UPM, akhirnya Dr. OT Talk Show berjaya dilaksanakan oleh pihak MPWS. Di luar jangkaan, dewan telah dibanjiri dengan peserta yang ramai.







Perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris. (Mantan TNC UPM) 


Penonton yang hadir menyaksikan Talk Show bersama Dr Othman Talib terpukau dengan kehebatan persembahan Khas Juara Kebangsaan 3 Minit Tesis 2014 Sdri. Siti Aimi Sarah. Beliau membuat persembahan mengenai Detective CSI : Detecting Pork in Meat Products.


Tahniah pada mereka yaang telah mendapat hadiah cabutan bertuah, pada yang tidak tu, sabarrrr! Next time Insya Allah. :)




Syukur dan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami.  Sekiranya ada sebarang cadangan dan komen, boleh la emel kepada kami :
mpws.training@gmail.com