Thursday, June 6, 2013

Apa sebenarnya Bengkel Tulis Tesis Pantas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga sahabat ahli akademik sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt.

6 bulan yang lalu, saya terkapai-kapai juga untuk memahami apa sebenarnya proposal phd. Bagaimana? Apa? Kenapa? Semua lah soalan 4W dan 1H keluar. Semasa saya menghadir satu conference di Kuching, seorang Dr. muda, yg baru pulang dari UK menyesyorkan saya sertai satu group facebook. Dari situ saya terbaca mengenai bengkel ini. Makin dikongsi, makin saya ingin tahu. Saya tekad, saya kena sertai juga bengkel ini. Walaupun ada bengkel di KL, tapi tarikhnya masih jauh. Saya tgk tarikh yang terdekat. Di Kota Bharu, saya book Airasia. Gagahi juga ke sana. Alhamdulilah saya bersyukur tidak menyesal.

Bengkel Dr. OT, amat membuka mata! Dan amat membantu! Bermula pengenalan kenapa kita perlu buat penyelidikan dan fenomena supervisor dan supervisee di Malaysia. Saya ternganga dan berkata dalam hati, Betul! Betul! Betul! Dr. OT juga menerangkan cycle yang mudah untuk dapat menyiapkan tesis dengan pantas. Maksud pantas disini, bukanya hentam kromo sahaja. Dr. OT terangkan teknik yang diciptanya sendiri agar kerja kita lebih sistematik dan disayangi supervisor! Saya bengkel ini juga, saya tepuk dahi, kerana barulah dapat faham apa fungsi dan macam mana nak menjadi supervisor yang efisyen. Selepas tengahari, saya dikenalkan dengan mendeley. Stu, dua klik, tersusun refrence ikut format! Dulu dok terkial2 nak scroll up , scroll down nak betulkan references.Yang paling saya teruja, pengunaan Ms Word dengan paling efektif. One File One Thesis. Teknik yang begitu mantap! Nak cerita semuanya banyak lagi.

Saya amat bersyukur dapat join bengkel tersebut. Bak kata Dr. OT , balik ni boleh merempit menulis tesis. Memang merempit! Alhamdulilah laju. 3 bab serentak! Dr. Othman Talib akan berada di pantai timur, Terengganu pada 13 dan 14 Jun 2013. Untuk bengkel Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Mendeley dan Asas SPSS .Jauh dari KL Dr. OT datang untuk berkongsi dengan anda di pantai timur.

RM180 adalah harga berpatutan untuk kos seminar di hotel uitm, kos pengangkutan dan penginapan penceramah. Berbanding jika anda hadir di KL, penat perjalanan, kos perjalanan dan penginapan lagi. Rebut peluang ini. Luangkan masa ada sehari sahaja untuk menuntut sedikit ilmu dari perkongsian ini. Ianya di TERENGGANU!

Sekiranya tuan/puan adalah ketua jabatan,
Galakkan pensyarah muda penyertainya. Tidak membuat masa bila membut tesis nanti.

Sekiranya tuan/puan sedang membuat tesis,
Adalah penting untuk hadir! Baru tahu kita dilandasan yang benar atau tidak!

Sekiranya tuna/puan bakal membuat phd,
Paling penting untuk hadir, biar faham sebelum mula. Bukan faham bila buat silap.

Sekiranya tuan/puan telah melalui PhD,
Boleh hadir untuk memantapkan teknik2 baru dengan perkongsian Dr. OT.

Sekiranya tuan/puan rasa email ini amat berguna dan dapat membantu seseorang.
Kongsilah maklumat ini dengan rakan2 anda.

Ikhlas,

Shuhairy Norhisham

==========================

PENDAFTARAN ONLINE

==========================

MPWS JELAJAH TERENGGANU 2013

12 Jun 2013 :  Kualitatif Data Analisis Mengunakan Atlas.ti oleh Puan Ani Munirah
13 Jun 2013 : Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel oleh Dr. Othman Talib
14 Jun 2013 : Asas SPSS dan Statistik Inferens oleh Dr. Othman Talib
14 Jun 2013: Penulisan jurnal dan tesis mengunakan LaTeX oleh Dr. Fairuz Abdullah


No comments:

Post a Comment